468x60 Ads

Puisi ♥♥♥

Ku masih disini
melarih impian dan harapan
menanti dan menunggu
ikatan cinta kita menjadi kukuh
seperti batu kerikil yang keras
bak bulan dan bintang yang setia menemani
dalam keriuhan rasa yang bahagia
aku juga ada sekelumit hati
yang sering tergugah dengan kesepian
jika kau tiada disisi
mungkinkah aku terlalu manja
ataupun terlalu berharap
agar kau sentiasa
menemaniku
melalui hari-hari yang penuh warna ini
kasih
bukan aku sengaja melukaimu
menembak hatimu dengan kenakalanku
bukan ku sengaja membuatkan kau tidak keruan
panggilan bertalu-taluku kerana aku rindu
sms ku bicara untuk lupakan kesepianku
dan kemanjaanku kerana
ku hanya milikmu
sayang
dalam debaran hati ini
aku akui kau amat menyayangiku
namun hatiku sering diusik kebimbangan
kau akan pergi tinggalkanku
kerana sikapku yang degil dan keras ini
aku inginkan dirimu
bersamamu..dekat denganmu
walaupun aku tidak pasti
akan takdir yang tertulis
hanya pada Illahi
aku serahkan harapanku ini
moga cinta kita akan bersatu akhirnya
seperti Adam dan Hawa
yang terpisah beribu tahun
namun kembali bertemu semula
dan ku harap
kau dan aku pun begitu juga
kerana engkaulah insan yang pertama aku cintai.

0 komentar:

Posting Komentar